Thursday 31 May 2012

Baitul Islah Bukit Beruntung


Assalamualaikum Bidadari yang dirahmati Allah. Last week, Alhamdulillah ada sumbangan daripada bidadari2 semua. So one of the Team Member teringat pada anak-anak (adik-adik) di Rumah Perlindungan Baitul Islah. So kami pun decide untuk hantar sumbangan minggu lepas to Baitul Islah.

Antara barangan yang disumbangkan adalah beras (10 ), minyak masak (3), gula (12) dan kordial (6).

Untuk makluman, Rumah Pemulihan ini diusahakan oleh Ustaz Roslan dan zaujah beliau Pn Siti. Suami isteri yang memilih untuk tidak hidup selesa dan enjoy duniawi tapi malas ukhrawi macam saya  tsk tsk dan mengusahakan rumah pemulihan untuk gadis gadis yang terjebak di dalam pelbagai permasalah sosial.

Dengan izin Allah telah ramai adik-adik yang keluar daripada pusat tersebut dengan menjadi seorang yang baru, yang lebih kukuh jiwa dan rohaninya, dan kebanyakkan mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Firman Allah swt  dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:
"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan".

1. Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuk dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10.00 sehari tetapi hanya mampu RM3.00 sahaja.



2. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10.00 tetapi hanya memperoleh RM8.00.


3. Amil  - orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.

4. Muallaf - seseorang yang baru memeluk agama Islam.

5. Riqab - seseorang yang terbelenggu  dan tiada kebebasan diri.

6. Gharimin  - penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.

7. Fisabillillah - orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.

8. Ibnus Sabil - musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.



Majlis Fatwa telah pun mengklasifikasikan golongan tersebut (insan yang perlukan pemulihan) adalah termasuk di dalam golongan 'Al Riqab' dan layak menerima zakat.

Ustaz Roslan dan Kak Siti menyampaikan terima kasihnya kepada sisters semua dan minta disampaikan salam mereka, Assalamualaikum .

Sepatah pesan Ustaz Roslan, mohon kepada sesiapa yang telah menderma ataupun akan menderma kepada Baitu Islah atau pusat2 seumpamanya, iringilah derma kita dengan doa agar terpelihara anak-anak dan keturunan kita daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini seperti adik-adik kita di situ, nauzubillah. 

Kepada sesiapa yang ingin menghubungi Ustaz Roslan atau Puan Siti, sila hubungi -Pn Siti -019-2230581.

No comments:

Post a Comment

What's your say....?